j0m berfesbuk same :))

Monday

Tak Kaya Tak Apa Yg Penting HAPPY :)

Assalamualaikum. Knock knock!

Topik ni agak menarik la.. bosan tak ada gherjaa sangat boleh la meluahkan apa yg terbuku dihati. ecewahh.. TAK KAYA TAK APA YG PENTING HAPPY. Semua org mungkin mengimpikan duit yg banyak hidup yg mewah tapi sedarkah kita itu mungkin mampu membuat kita alpa. Jujurlah, saya pun mempunyai keinginan yg sama tapi perlahan-lahan saya padam. Kenapa?

1. Hidup yg sekarang pun masih alpa dgn duniawi, apatah lagi bila kayoo gile?
2. Hidup susah / alakadar memberi kita kenangan yg terindah dan takkan dilupakan. Contohnya, "Ingat kot mase ngedate zaman student uni dulu kitorg keluarkan duit syiling kertas semua ada sebab nak beli roti kat Alamanda untuk dikongsi bersama" SWEET KAN?
3. Mengingatkan diri ada yg lagi susah
4. Mungkin mampu meluahkan yg aku nak tolong org susah bila kaya, tapi bila kaya kau labur untuk menjadi lebih kaya
5. Kita dah cukup kaya bila kita mampu makan fastfood. Why choose sajian berharga RM10++ if sebenarnya kau boleh beli nasi lauk ayam sayur sekitar RM5-6?
6. Kaya terletak di tangan kita, barang apa yg kita pilih dan pakai.
7. Saja letak no 7 sbb feveret number... ngee ^_^

Tapi terpulang pada uolls lah kan nak kaya ke tak. Just keep in mind***

 selagi kau ada makanan nak dimakan. BERSYUKURLAH :)

Friday

Mungkin kau pernah tipu tapi aku tak pernah terlepas  Mungkin kau pernah curang tapi jgn lihat aku seperti tak pernah Mungkin kau pernah lupa tapi aku mungkin selalu Mungkin kau sayang aku tapi aku... Takkan pernah guna MUNGKIN untuk kata i love u so muchh ❤️

Wednesday

terima kasih

kehadapan sahabatku,
aku tak pernah menyesal mengenali dirimu
tanpamu siapalah aku untuk mengelilingi dunia ini
tanpamu siapalah yang akan menjadi teman tempat aku meluahkan perasaan..
terima kasih sahabat

kehadapan kekasihku
aku tak pernah lupa akan janjiku kepadamu
untuk selalu disampingmu kala susah dan senang
untuk selalu memberikan semangat untuk kau teruskan hidup
untuk selalu melindungimu dengan kemampuanku
kerana aku sayangkan kau selalu..
terima kasih kekasihku

semoga perhubungan diantara kita kekal abadi..

Thursday

erra fazira song :)

Pertemuan yg tak terduga
Kau ku lihat merenung manja
Getaran pun melanda jiwa
Adakah cintakan berbunga

Tak ku sangka kita sejiwa
Punya rasa cita yang sama
Diriku ratu dihatimu
dan kau bagai dewa hatiku

Walau seketika pertemuan
Kita terpisah dengan lautan
Namun kau tetap diingatan
Dirimu tak mungkin ku lupa

Sayang dengarkanlah dendangan
Buatmu insan yang tercinta
Biar jauh dari pandangan
Dihati tetapkan bersama

Monday

erti cinta bagiku

  • Cinta tetap cinta walaupun mempunyai 1000 alasan untuk membenci org yg dicintai

  • walaupun kita benci dgn perangai dia, menyampah dgn sikap dia, meluat dgn kelakuan dia..dlm hati kita tetap kata cinta...

  • kadang2 kite tak serasi tp saling menyayangi..dan bila kite serasi tak semestinya saling menyintai

  • seronoknya bercinta jika halal hubungannya

  • tinggalkan CINTAku untuk seseorang yg lebih menghargainya andai kau dah tak perlukannya...

  • tiada cinta tanpa airmata

  • aku tak perlukan cinta andai cinta itu menderitakan

  • panjangkan malam supaya aku dpt terus mengira bintang dan merenung bulan bersamanya..

  • walaupun perit menghadapinya aku tetap akan mencintaimu..walaupun sengsara melaluinya aku akan tetap menyayangimu..dan walaupun sukar merentasinya aku akan tetap menjagamu... tapi andai kata Tuhan tak mengizinkan aku dimilikimu..aku harap kau mampu menghadapinya..melaluinya dan merentasinya sygs..

  • jangan pernah menyanjung cinta, bila tak mengerti maknanya cinta..

  • i love you adalah tiga perkataan yg memberi kesan yg amat mendalam kpd seseorang yg mendengar dan menerima ucapan itu

  • tak perlu menagih cinta pada yg tak sudi.. jgn mengharap cinta yg telah pergi..cinta tak semestinya perlu dimiliki

  • aku gembira andai nafas aku terhenti sekarang... kerana dapat aku jadikan kau cinta terakhir ku